Monday, August 18, 2008

TAZKIRAH SUBUH

Assalamu ‘alaikum warahmatullah…

Selamat pagi buat semua. Semoga semua ceria. Ya, buat yang membaca blog saya ni, jika anda membacanya di waktu petang ataupun malam, maka saya ucapkan selamat petang dan selamat malam. Adapun saya menulis selamat pagi di atas kerana saya menulis blog ini di waktu pagi.

Hari ni kita nak ungkap sedikit rahsia solat yang terkandung dalam takbir dan takbiratul ihram sahaja. Kenapa kita perlu mengangkat tangan semasa takbir permulaan? Bagaimana cara mengangkat tangan dan bagaimana pula kedudukan jari-jemari? Apa pula lafaz takbir? Kesemuanya ada rahsia tersendiri yang harus kita ungkap dengan kebijaksanaan kita yang semestinya wajib dipandu dengan tuntutan wahyu yang mulia.

Bila kita sebut perkara ini, saya teringat satu kisah yang berkaitan dengan al-Syafei yang menyatakan bahawa beliau memulakan solat dengan tiga perkara, dua fardhu dan satu sunat. Apa dua fardhu tersebut dan apa pula satu sunat? Dua fardhu adalah niat dan takbiratul ihram manakala sunat pula adalah mengangkat tangan. Benda sunat ni beza dengan benda mubah, atau harus. Sunat kalau dibuat dapat pahala tetapi jika ditinggal kita akan rugi. Silap kalau kita kata tidak mengapa meninggalkan perkara sunat, kerana perkara sunat perkara yang baik, maka jika ditinggalkan maka rugi. Begitu juga makruh, dibuat kita rugi. Harus pula, jika dibuat tidak mengapa, tidak buat pun tidak mengapa.

Persoalan pertama ialah, mana satu dahulu? Angkat tangan dulu ke, takbir dulu? Ini barang penting. Mungkin ada ulama kata angkat tangan dulu, tidak kurang juga ulama kata serentak. Tidak kishalah sama ada angkat tangan dulu ke atau dibuat serentak, kedua-dua ada hujjah dan kemungkinan nabi melakukan kedua-duanya sekali sebagai satu rahmat. Al-Bukhari berpendangan angkat tangan dahulu, kemudian diucapkan takbir. Angkat tangan ni, apa tujuannya. Nah, yang kita duk sibuk angkat tangan selama ni, apa tujuannya? Ke kita saja-saja angkat? Suka tengok orang angkat tangan, maka kita pun, angkatlah, nampak comel sikit.

Al-Bukhari kata, angkat tangan ni nak menghapuskan rasa takabbur yang bersarang dalam diri kita. Takabbur ni barang busuk. Kalau kita lalu tepi longkaang yang penuh dengan sampah, siap ada lalat, benda-benda yang berlendir, ha, tu barang takabbur. Barang takabbur ni barang busuk lagi mual. Kita hidu, nak muntah. Kita tengok, sakit hati. Kita dengar, rasa muak. Cuba kita masuk tandas yang ada najis, maka kita tengok, nak muntah, hidu pun begitu. Barang yang menyebabkan kita nak muntah tu, takabbur namanya.

Siapa kita nak tunjuk hebat depan Allah. Sekali Allah jentik kita, sudah kita. Mung kalau takabbur, mung buat bumi sendiri. Ha, kamu takabbur lah di bumi kamu tu. Mung kalau nak takabbur, mung makan nasi hak mung buat sendiri. Ha, kalau mung boleh buat macam tu, kamu nak sombong pun takpe. Mung kalau nak takabbur, pastu nanti malaikat maut nak cabut nyawa, mung minta tempoh sikit masa lagi, nah, nak takabbur banyak mana pun boleh. Takpun masa takabbur, jangan tunjuk pada Allah. Sorok sikit supaya Allah tak tahu bahawa kamu takabbur. Tidak pun, masa malaikat Zabaniah nak tarik kamu masuk neraka, mung terajang dia, pastu mung lari ke syurga. Nah, kalau kamu boleh buat macam tu, nak sombong ke, nak buat benda jahat ke, nak buat apa-apa ke, buatlah.

Tapi boleh ke? Tu persoalannya. Takabbur ni lah yang menyebabkan Iblis yang takut kepada Allah diusir keluar dari syurga. Amal banyak mana pun akalu takabbur, neraka jugak. Jadi presiden tapi takabbur, taknak buat kerja-kerja bawah, orang nak tegur pun tak layan, masuk neraka juga. Jadi barang takabbur ni, warisan syaitan, Iblis. Kalau kamu takabbur, kamu ni adik-beradik Iblis. Dah kalau membazir pun dipanggil sedara Iblis, maka takabbur lagi-lagila. Kenapa kita nak takabbur sangat. Bukan kita boleh menembusi bumi dan langit pun. Kalau kita boleh tembus bumi dan langit, logic juga kalau kita nak takabbur.

Jadi angkat tangan ni nak hapuskan takabbur. Nyah jauh-jauh wahai rasa sombong, aku ni hamba Allah. Hamba ni, orang yang bila tuan dia suruh buat apa, maka dia buat. Macam keldai. Bagila dan letaklah barang banyak manapun ke belakang badan dia, dia pikul. Maka hamba ni jenis keldai. Kita lah, sape lagi. Kita ni lebih kurang macam keldai, letak berat mana pun, kita pikul. Tuhan suruh buat apa saja, kita buat. Kalau takbuat, kena bakar, kalau buat pun, belum tentu masuk syurgs.

Bila kita nak masuk solat, ni tempat orang hina nak jumpa Tuhan dia. Allah tak suka orang yang ada perasaan angkuh, rasa hebat. Allah nak orang yang tawadhu’ dan merendah diri. Jadi, kita setelah angkat tangan sampai ke paras telinga, atau setara dengan bahu, maka kita sertakan dengan ucapan ALLAHU AKBAR. Ni je ucapan yang boleh dilafazkan. Nak sebut Allahu al-Rahman, Allahu al-Razaq, tak boleh kecuali menurut Abu Hanifah. Tapi tu Abu Hanifah seorang sahaja yang berpandangan demikian. Maka pandangan jumhur ulama adalah, hanya ucapan takbir yang diterima. Maksudnya ialah, Allah Maha Besar, maka hasil kefahaman kita ialah, bila Allah Maha Besar, maka kita ni kecil sangat-sangat. Kecil ilmu, kecil akhlak, kecil wibawa, kecil pemikiran, kecil kekuatan, kecil keupayaan. Ulama yang jadi tempat rujuk manusia, bila masuk tempat solat, maka ilmu mereka pun, kecil je. Ambil jari letak di laut, mana-mana air yang terlekat di jari, tu lah ilmu kita. Manakala laut yang luas mendalam tu, adalah ilmu Allah.

Pemimpin yang menaungi jutaan manusia, maka di hadapan Allah, dia hamba je. Tak lebih dari tu. Tak semesti jadi Presiden Gamis, maka masuk syurga. Tengok-tengok, hak jadi presiden Gamis, 10 orang dah calon neraka na’uzubillah,minta-minta dijauhkan. Orang yang gagah perkasa, di depan Allah macam kita ikan bilis, tiada apa-apa kehebatan pun. Semua kekuatan adalah milik Allah yang Maha Berkuasa.

Maka bila sebut Allahu Akbar iaitu Allah Maha Besar, maka nyahlah segala keangkuhan, pergilah segala sikap Iblis yang dibenci ni. Hurm…cara kita angkat tangan, ialah jangan dirapatkan jari jemari kita, dan jangan dibuka luas sangat. Kita buka sikit, biar lenang tidak kaku. Apa tandanya? Tandanya ialah kepasrahan kepada Allah. Jadi maksudnya ialah, bila masuk nak solat, kita serah diri sepenuhnya kepada Allah. Khaa’if, jadilah orang yang takut amalan tidak akan diterima oleh Allah. Raaji’, jadilah orang yang mengharapkan amalan diterima oleh Allah. Muhib, jadilah orang yang cinta kepda solat.

Kalau Allah nak cabut nyawa kita dalam solat, terpulang kepada Allah dan itulah yang ramai orang nak. Ada orang, nak mati dalam solat, maka ni cara jenis mati orang mulia, seperti Umar. Umar walaupun tidak mati dalam solat, tapi dia ditikam semasa solat. Ada orang nak mati masa baca al-Quran, maka ni mati jenis Usman. Ada orang nak mati selepas tunaikan solat, maka ni mati jenis Ali. Ada orang nak mati kerana kena racun oleh musuh akibat kuat bawa Islam, maka ni mati jenis Umar Abdul Aziz. Semua ni jenis mati orang mulia. Mati masa perang, ni mati Khalid. Mati kena tembak, mati al-Banna. Kalau saya ditanya nak mati dalam keadaan macam mana, saya kata saya nak mati kerana ditembak oleh musuh Islam yang takurkan saya. Allahumma Amien, tolonglah kabulkan doa hamba-Mu yang tiada pilihan ini selain menurut kehendak-Mu ya Allah.

Terserah kepada Allah segalanya, yang penting kita usaha. Inilah maksud daripada cara kita susun jari-jemari kita. Bukannya rapat kaku, bukan juga dibuka keterlaluan, tetapi dibuka sikit, tidak keras menandakan tanda kepasrahan kita kepada Allah.

Sekadar tu dulu tazkirah subuh kita. Insya Allah, kita sambung lagi pada masa akan datang. Siapa-siapa yang nak hubungi saya, boleh hubungi di talian 0132968703, atau email saya dzulkhairimnoor@yahoo.com.

Tuesday, August 12, 2008

MUSA MENAMPAR MALAIKAT

Ramai orang tak dapat nak terima cerita tentang Malaikat Maut yang ditampar Musa AS sehngga menyatakan cerita tersebut sebaga cerita dongeng. Saya tak salahkan mereka kerana cerita ni memang nampak pelik dan tak kena dengan akal kita. Malangnya agama ini bukannya dengan akal, tetapi dengan wahyu dan dibantu akal.

Cerita Musa menampar Malaikat Maut ni cerita benar, bahkan disebut dalam Hadis Sahih al-Bukhari. Nah kta nak Tanya, siapa yang berani mengkritik Imam Bukhari yang wara’ dan alimnya dia ni berlipat ganda jka dibandingkan dengan kita. Orang yang berani mengkritik beliau hanyalah tiga jenis orang: Satu, orang yang jenis perasan cerdik walaupun sebenarnya mereka bodoh. Kedua, mereka yang sombong dan ketiga adalah mereka yang kurang siuman.

Musa AS ni nabi yang berani dan kuat. Sekali tumbuk orang, terus mati. Kita pula, tumbuk orang pun orang boleh senyum lagi. Ha, jenis nabi yang nama Musa ni jenis orang kuat dan sangat penting untuk peperangan. Bila nabi SAW jumpa Musa AS dalam Isra’ Mkraj, bagnda sebut Musa AS n orang tegap, tnggi, dan nampak pagan tambah pula dengan kulitnya yang berwarna hitam. Kta kena ngat, takde syarat kata nak jadi nabi kena kulit cerah, warna putih. Kalau kulit cerah, warna putih tapi hati hitam gelemat buat apa.

Jadi satu kali Musa AS berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur. Kemudian lepas daripada tu, Malakat Maut mari dengan menyamar jadi manusia dan sbeut nak tarik nyawa Musa. Musa yang terkejut, ntah orang mana datang tiba-tiba nak bunuh baginda, jadi terus saja baginda tamper muka malaikat yang sudah bertukar rupa tu hingga tercabut matanya.

Jadi kita dapat buat beberapa kesimpulan:

a) Musa tidak tumbuk malaikat dalam bentuk asal dan benda tu mustahil terjadi kerana malaikat dibuat daripada cahaya.
b) Musa terkejut kerana tiba-tiba ada orang yang ingin mencabut nyawa baginda sedangkan baginda tidak mengenali siapakah orang tersebut sebenarnya
c) Sesuatu hads itu jangan terus ditolak lantaran kita merasakannya pelik sehingga kita menelitinya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa antara tanda hadis maudhu’ ialah hadis yang terlalu aneh dan janggal.

Apapun, wallahu a’lam

Sunday, August 10, 2008

MODUL PROGRAM

Assalamualaikum dan selamat membaca buat semua. Ya, kita bertemu lagi dalam ruang dimensi blog saya yang entah apa2 ini. Moga2 anda akan mendapat banyak imput yang bermaklumat untuk anda interpretasikan di tempat anda masing-masing.

Saya akan berkongsi dengan anda apakah jenis modul yang saya gunakan dalam siri-siri pertama program saya. Ingat, ini baru siri pertama ziarah Malaysia, dan belum lagi masuk ke siri kedua yang insya-Allah dengan keizinan daripada-Nya akan lebih menarik dan mencabar.

Peserta diberikan task berat untuk disiapkan dalam tempoh hanya 30 minit. Antara task yang diberikan ialah:

1- Anda diberikan RM50 k untuk mengadakan satu kegiatan khidmat masyarakat yang akan diadakan pada bulan 5 tahun hadapan. Bagi mendapat kelulusan program, anda dikehendaki untuk menyiapkan proposal program. Tugasan yang perlu anda siapkan ialah: Sila gariskan lima objektif program, tentatif lengkap program, jawatankuasa dan juga aliran belanjawan dalam masa 30 minit.
2- Isu-isu yang berkaitan dengan wanita semakin bertambah. Kes rogol, eksploitasi wanita, sumbang mahram, bohsia, pelacur, dan sebagainya telah menunjukkan keadaan wanita yang kian tersempit di celah-celah kedangkalan ilmu. Anda diberi task untuk memperjuangkan isu wanita melalui Helwani Gamis. Sila bincangkan apakah bentuk perjuangan yang ingij anda letupkan.
3- Gamis akan mengadakan konsert haraki yang menghimpunkan dua kumpulan nasyid haraki yang popular iaitu Soutul Amal dengan Soutul Harakah dari Indonesia. Sebagai panitia pelaksana, anda diminta untuk menyediakan master planner bagi program tersebut berdasarkan time liner yang tersusun dan strategik.

Cukuplah saya memberikan tiga contoh kepada sidang pembaca. Kalau saya bagi banyak-banyak, rugilah saya nanti. Lagipun ilmu ni tidak perlu dicurahkan semua dalam masa yang serentak dan ada juga ilmu yang perlu kita sembunyikan jika belum sampai masanya. Saya yang belajar Kungfu Shaolin, takkan menunjukkan kungfu saya kecuali dalam keadaan sangat terdesak. Hah, boleh percaya ke!???

Apa tujuan yang ingin dicapai daripada task yang diberikan untuk disipakan dalam tempoh yang sangat singkat ini? Sebelum saya menerangkannya, saya ingin menyebut dua perkara. Pertama, orang yang hebat adalah, walaupun mereka melakukan kerja dalam tempoh 30 minit, namun orang lain menyangka bahawa ia telah melakukannya dalam tempoh seminggu kerana hasil kualitinya yang bagus. Kedua, saya bukanya nak sangat hasil pembentangan untuk dilaksanakan, tidak. Apa yang saya mahu? Ha, sila baca yang seterusnya ye… bacalah, bukannya kena bayar pun. Saya yang tulis, tak guna modal pun.. 

1- Saya mahu melihat bagaimana mereka bertindak pantas dan siapa yang akan mengemudi kumpulan perbincangan mereka.
2- Saya yakin biasanya seseorang akan bertindak lebih baik dan laju apabila mereka dalam keadaan terdesak. Maka saya sengaja mendesak mereka dengan kerja yang berat dalam tempoh yang sangat sedikit.
3- Saya juga memberikan task yang biasa, seperti task kedua. Bagi orang biasa, apabila diberikan kerja biasa, mereka akan melakukan kerja sambil lewa. Manakala bagi orang yang luar biasa, kerja yang biasa pun akan jadi luar biasa di bawah ketrampilan minda mereka.
4- Ahli jamaah tidak biasa dengan penggunaan duit yang banyak dan jarang didedahkan dengan program luaran yang besar dan bersifat mega yang memerlukan protool yang baik. Maka sengaja saya berikan mereka wang yang banyak dan program yang bersifat mega untuk melihat keupayaan mereka.
5- Task ini melihat bagaimana mereka memikirkan perkara besar dan membiasakan diri dengannya selain mengajar mereka cara brainstorming, bukannya mesyuarat yang biasa.

Ha, banyak lagi perkara berfaedah yang dapat dipungut, tetapi cukuplah sekadar ini. Kita bertemu lagi di masa yang lain, di tempat yang sama…

SEKADAR CORETAN RINGKAS

Saya akhirnya memaksa diri menulis bagi memenuhi ruang kekosongan dalam blog yang sudah lama tidak terisi. Mungkin ramai juga yang akan mengkritik, dan saya sendiri pun tidak berani malah berasa menyampah untuk membuka blog saya yang saya anggap tiada nilai intelektual yang tinggi.

Saya baru sahaja selesai berprogram dengan Gamis N9, agak menarik program sebentar tadi. Mungkin saya boleh berkongsi bentuk program yang kami konseptualkan dan kenapa saya bertindak sebegitu. Walhal sebenarnya apa yang saya lakukan fi N9 lebih kurang sama dengan apa yang lakukan di tempat lain bagi fasa pertama ziarah kami supaya kami dapat selaraskan semua pemikiran dan bentuk berfikir kalangan ahli Gamis seluruh Malaysia. Untuk fasa kedua, saya berkira-kira untuk menukar bentuk program kepada bentuk yang lebih berkualiti dan pasti menyajikan satu bentuk yang lebih berlainan dan menyeronokkan. Tuntasnya, asak, gasak, dan lasak.

Saudara saya Kusyairi meminta peserta muslimin untuk menulis 200 kekuatan ahli gerakan Islam kampus manakala muslimat menulis 200 kelemahan dalam masa hanya tujuh minit. Persoalannya, kenapa tujuh minit? Saya sengaja menggesa dalam masa tujuh minit berdasarkan beberapa sebab merangkumi:

1- Saya ingin melihat siapa kalangan mereka yang akan bertindak sebagai ketua meskipun tidak dilantik sebagai ketua. Orang yang hebat adalah orang yang mampu menjadi ketua meskipun mereka bukanlah ketua dan sekiranya mereka dilantik sebagai ketua, mereka tidak pernah berasa takabbur malah berasa sangat tawadhu’.
2- Saya mahu menyahkan sikap bercakap lebih tapi betindak kurang. Dalam masa yang begitu singkat, maka sangat mustahil bagi mereka untuk berbincang terlebih dahulu sebaliknya mereka hanya perlu betindak dengan pantas dan tangkas. Dalam hal ini, saya boleh memuji sahabat-sahabat Gamis N9 yang ternyata tangkas dan pantas bertindak. Tahniah buat kalian.
3- Ahli jamaah mesti dibiasakan dengan menulis dengan cepat. Bukan sekadar menulis pantas, malah menaip dan membaca dengan pantas. Maka saya mencadangkan supaya skill penulisan pantas perlu diterapkan kalangan ahli jamaah. Saya sendiri pernah menyiapkan satu test dalam masa tidak sampai 10 minit sedangkan orang lain memerlukan masa paling cepat setengah jam. Belum lagi kertas test habis diedarkan, saya sudah menghantar kertas jawapan. Menulis pantas memerlukan pemfokusan yang tinggi. Maka sebenarnya saya ingin melatih mereka bukan sahaja pantas menulis malah mempunyai pemfokusan yang tinggi.

Cukuplah untuk ruangan pertama saya berkongsi satu modul. Apa, ingin dengar lagi. Haa, mana boleh. Kalau nak, sila hubungi SU saya saudara Syaari 0136280186, insya Allah, kita sudi berkongsi modul dalam bentuk berprogram bersama kami. Sekian, babai…

Sunday, July 20, 2008

Kita Tak Ubah Seperti Umno




“Ahli jamaah kita tidah ubah seperti Umno”. Bunyinya agak kontroversi, tetapi inilah yang sayang kongsikan dengan beberapa sahabat saya. Saya mohon maaflah jika kata-kata ini membuatkan sedara rasa marah terhadap saya, tetapi saya rasa saya perlu sampaikan hal ini sementelahan saya masih boleh memberikan nasihat kepada diri saya sendiri sebenarnya.

Ok, lebih baik saya memberikan contoh supaya kita jelas, ramai ahli kita macam malaikat sebenarnya, tetapi yang macam Umno pun ramai. Saya minta maaf kerana menggambarkan Umno kepada satu simbolika yang agak kurang baik. Oh ye, bukan kurang baik, malah memang tidak baik pun.

Kita sering mengkritik orang Umno yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik. Orang umno kononnya tidak pandai memimpin dan mentadbir. Betul tu, mungkin banyaklah walaupun ada juga yang pandai mentadbir dan menyusahkan rakyat. Namun sedar tidak sedar kita sendiri pun bukanlah pandai sangat mentadbir pun. Yela, saya bukan maksudkan kita mesti handal dan terror mentadbir sehingga ke tahap perfect, tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi ahli yang berdisiplin dan komited. Ini tidak, kita hanya pandai mengkritik orang Umno tidak berdisiplin tetapi kita sendiri pun tidak berdisiplin.

Kita sering melaungkan pembelaan terhadap kebajikan mahasiswa. Jangan tutup suara mahasiswa, jangan halang mahasiswa, biarkan mahasiswa terapung-apung dalam dunia yang disulami dengan keindahan idealisme. Bagus tu baguslah, tetapi kita hanya pandai melaung, buatnya tidak. Sebagai contoh, kita mengkritik MPP dan pihak pentadbiran yang tidak membela kebajikan mahasiswa. Habis tu, apa yang kita buat? Apakah kita menanti kuasa baru hendak bertindak? Jika begitu, bilalah agaknya kita akan mendapat kuasa? Kenapa kita tidak bertindak setakat kemampuan kita untuk membela kebajikan mahasiswa? Bahkan apa yang menyedihkan adalah ada kalangan kita yang hidup bermewah sedangkan masih ramai student yang mengisi perut secara ala kadar.

Kita laungkan gagasan tarbiah. Menarik, memang jamaah kita menitik beratkan soal pentarbiahan. Apa yang menarik dalam dunia tarbiah jamaah ini ialah beberapa nuqaba’ hanya mengambil jalan pintas sahaja. Bila saya sebut beberapa ni, maksudnya bukan semua lah. Nuqaba’ hanya tunggu dan tengok, siapa yang rajin datang ke surau, ha, maka orang itulah yang diserapkan ke dalam usrah untuk ditarbiah. Alahai, senanglah jika begitu. Apakah orang yang tidak datang ke surau itu tidak layak untuk ditarbiahkan? Sepatutnya tarbiah ini sebagaimana kata Us Yahya Othman adalah, kita mencari orang yang cerdik untuk ditarbiah, bukannya kaki surau.

Kita mengatakan universiti tidak ilmiah, malah banyak memuatkan aktiviti hiburan. Ha, senang je kita memukul dan membantai universiti secara semborono kosong. Check dulu, betul ke banyak hiburan berbanding keilmuan, ataupun kita ni hanya check jadual hiburan sahaja tidak check aktiviti keilmuan. Kalau kita serius memperjuangkan aktiviti ilmiah, kenapa kita sendiri malas dan berat tulang untuk menghadiri program-program keilmuan? Bukan sekadar aktiviti ilmiah anjuran universiti yang kita malas hadiri, malah program keilmuan jamaah pun kita turut malas.

Jadi, saya ni bukannya nak mengkritik. Malah saya harap ini bukannya kritikan tetapi ini sebagai satu nasihat yang sengaja saya keraskan nada dan rimanya, agar jiwa yang keras akan terpukul.

Wednesday, July 16, 2008

Inilah Hidupku

Kadang-kadang, rasa kecil juga hati, cemburu datang bertalu-talu, rasaingin ‘gugur’ bagaikan helainan dedauanan kering datang bersinggah. Rasa cemburu dan geram itu kerap kali juga mengusik hati, dan sering kali juga membuatkan aku terkedu dan sendu.

Menjadi orang penting dalam persatuan yang dinggap pemberontak no. 1 di UM kadang-kdang membuatkan hati pedih. Ada kala, ketika orang lain sibuk menyertai pelbagai seminar, kita pula terpaksa berhempas-pulas membuat kerja lain. Saya masih ingat, ketika itu ada seminar peringkat kebangsaan diadakan di Akademi Islam tetapi saya dengan berat hati terpaksa melupakannya kerana menumpukan gerak kerja pilihan raya kampus. Tapi hati mana tidak pedih.

Beberapa kali juga kursus kahwin diadakan namun tidak pernah sempat untuk saya meluangkan masa, sedangkan yang lain seronok je dengar cerita pasal kahwin. Kursus tu takpelah, tetapi bagaimana dengan seminar-seminar ilmu? Saya masih ingat program dakwah yang menghadirkan Siddiq Fadzil dan Shah Kirit, sekali lagi saya terpaksa melupakannya. Adik saya Wasif juga kerap kali menjemput saya untuk program keilmuan PKPIM tetapi banyak juga terpaksa saya lupakan.

Geram juga kadang-kadang. Jauh sudut hati, ah, pedulikan jamaah, pedulikan Islam, lebih baik aku masuh seminar je. Tetapi seminar hanya memberikan kebaikan untuk diriku seorang sedangkan gerak kerja jamaah adalah untuk umum.

Orang lain mungkin tidak tahu, bahawa kami hidup membela kebajikan mereka. Kami sanggup dihadapkan di mahkamah Universiti, dimarahi pihak pentadbiran, berdepan dengan pelbagai cabaran, semuanya untuk kebaikan student tetapi tengok-tengok, student pula menyalahkan kami. Kami berjuang untuk merendahkan kadar caj perkhidmatan Ptptn malah meniadakannya sama sekali, tengok-tengok student pula yang membenci kami. Walhal kami berjuang untuk mereka. Ah, pedulikan. Mereka bukan faham pun.

Siapa tidak cemburu apabila melihat rakan-rakan berkursus bahasa Arab di Syria untuk dua bulan. Rasa cemburu menampar-nampar ulu hati, namun apakan daya. Saya membujuk hati yang lara, jika kalian ke Syria untuk berseronok dengan ilmu, maka saya di Malaysia untuk bermain dengan duri-duri perjuangan. Jika kalian bertemu al-Zuhayli dan al-Buti di sana, saya pula bertemu dengan rakyat yang menderita kebuluran di sini. Jika kalian tenggelam dengan asyik-makhsyuk ilmu, saya pula sibuk mengesat air mata duka masyarakat.

Saya katakan kepada seseorang yang akrab dengan saya ketika kami bertemu di bawah teduhan pohon di masjid UIA PJ, bahawa saya tidak mahu hidup sebagaimana orang lain. Benar, orang lain bekerja gaji ribuan ringgit, namun saya tidak puas dengan gaji ribuan ringgit jika masa tidak dipenuhkan dengan gerak kerja Islam. Lalu gaji ribuan itu saya tinggalkan. Benar, orang lain mungkin puas bekerja makan gaji dan berada di pejabat, kelak mereka tidak perlu bimbang untuk membalas budi orang tua, namun saya tidak puas jika tiada usaha membentuk generasi muda dengan sebaiknya. Saya puas dengan hidup sekarang. Duit tidak pernah cukup, tetapi jiwa senang dengan gerak kerja ini.

Saya masih ingat, saya mengumpul-ngumpul duit hasil kuliah-kuliah, lebih seribu itu yang pasti. Duit itu saya kumpulkan kerana saya ingin mendirikan Bait Muslim dengan hasil usaha saya sendiri, tanpa bergantung kepada orang. Namun apabila melihat sahabat yang kadang-kadang tidak berduit, hati saya tidak tenang. Lalu duit itu yang ribuan hanya tinggal beberapa keping sahaja. Sekarang, saya cuba lagi mengumpulkan wang untuk keperluan, namun sekejap saya ke Perak, sekejap ke Kedah, sekejap ke Kelantan, jadi, duit pasti saya gunakan. Akhirnya, saya tinggal tidak berduit. Tetapi apalah sangat kisah hidup yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan pejuang dahulu yang pernah makan nasi berlaukkan telur berasama keluarga beberapa lama. Apalah sangat kisah hidup saya jika dibandingkan beberapa pejuang yang hanya makan magge beberapa minggu.

Lalu saya katakana kepada teman saya di petang itu, saya inginkan hidup yang susah. Orang yang hebat, semuanya lahir dalam kesusahan. Malah mereka sengaja menempuh hidup yang susah kerana kesusahan tidak melekakan, malah kesusahan mengajar erti berdikari. Saya katakan kepadanya lagi, saya tidak pernah terdidik dengan kesenangan, malah sejak kecil saya hidup berpada-pada.

Ya, semasa di bangku sekolah rendah dulu, ma selalu memberikan duit kepada kami adik beradik 50 sen sahaaj setiap hari. Ketika itu harga kuih 10 sen dan air juga begitu, manakala nasi 30 sen atau 50 sen harganya. Saya makan sekadarnya. Beberapa kawan terkejut melihat saya. Katanya kamu anak orang yang senang tetapi hanya berbekalkan duit 50 sen, sedangkan kami berbekalkan duit 1 ringgit.

Apabila masuk ke sekolah menengah, saya cukup hairan dengan ramai sahabat saya yang punya duit yang banyak. Walhal tidaklah banyak sangat, tetapi di dalam dompet itu terdapat banyak juga helaian merah. Sedangkan saya sehingga tingkatan 5 tidak pernah mempunyai dompet. Saya tidak pandaia menyimpan wang di dalam dompet. Saya tidak pernah merasai duit yang banyak untuk dibelanjakan. Jika ma ingin membelikan baju, saya rasakan ia sangat membazir dan menyusahkan ma sahaja. Jadi, biarkan, baju yang lama masih banyak. Baju abah pun banyak lagi.

Sehinggalah apabila saya ditawarkan meneruskan pengajian di Kusza, kakak membelikan saya dompet, yang saya gunakan sehinggakan ke hari ini. Agak lusuh, tetapi masih terjaga. Saya bertekad tidak akan menukarkannya kerana inilah pemberikan kakak yang perlu saya hargai. Lalu pernah seharian di Kusza saya hanya menghilangkan dahaga dengan air watercooler dan menyahkan rasa lapar dengan kurma dan kismis yang dibawa dari rumah. Wajah hari itu, pastinya pucat menahan lapar.

Saya sangat tidak suka membazir. Saya juga tidak suka bermewah. Mungkin ketika saya menjadi presiden Pmi, beberapa orang marahkan saya kerana selekeh. Ah, pedulikan. Biar saya luahkan dalam blog ini, saya bukan sengaja tidak mahu membelikan pakaian yang baru. Saya bukan sengaja mengenakan baju dan seluar abah yang besar. Saya bukan sengaja membelikan kasut yang berharga Cuma 12 ringgit atau 15 ringgit. Saya bukan sengaja membelikan baju yang mencecah 20 ringgit dan sehelei dua yang mencecah 40 ringgit. Tetapi saya bukannya berduit sangat, dan saya tidak rela menghabiskan duit saya untuk perkara-perkara tersebut sedangkan ramai sahabat saya yang kelaparan.

Apabila saya masuk ke kusza, saya terkejut melihat ramai orang yang bercakap sendirian. Oh rupanya mereka bercakap dengan handset. Saya tidak mengetahui perkara tersebut kerana saya baru memegang handset yang harganya sekarang boleh didapati dengan semurah 50 ringgit.

Saya biarkan sahaja orang memarahi saya, kerana mereka inginkan saya presiden yang menjaga imej. Pernah saya ketiadaan seluar, lalu saya sarungkan seluar hitam yang sebenarnya seluar baju melayu. Sampai sekarang itulah seluar yang saya pakai ke sana ke sini, kerana saya tidak punya seluar yang baik untuk dipakai.

Bagi saya yang tidak pernah merasa duit yang banyak, apabila saya mendapati duit dalam bank ada dalam sekitar 300, saya rasa saya sangat kaya. Ya, saya sangat kaya. Lalu saya menggunakannya untuk membelanja kawan-kawan saya. Saya punya ptptn yang sangat sedikit. Ramai yang tidak mempercayaianya. Ya, hanya 3300, untuk 3 tahun. 3300 itu jumlah keseluruhannya. Lalu, saya tidak pernah mengusik duit baki yang terdapat dalam bank sehinggalah ke sem terakhir, itupun untuk membayar yuran yang belum habis-habis lagi.

Namun kadang-kadang saya terasa. Rakan-rakan saya yang tampaknya tidak berduit, tetapi ada kalangan mereka yang terlalu bermewah. Bermewah tidak mengapa, tetapi apabila terlalu bermewah, ini yang tidak dapat saya terima. Saya mengamalkan prinsip bersederhana, mewarisi kehidupan Gandhi yang berhati mulia. Itu yang saya cuba.

Saya bilang lagi kepada teman saya yang amat saya hormati, bahawa saya ingin punya wang yang banyak, menjadi kaya raya, untuk membantu jamaah dan sahabat. Perkara pertama saya lakukan bila saya memiliki wang banyak adalah menghulurkan bantuan sebanyak mungkin kepada yang memiliki masalah kewangan.

Jika saya pernah melupakan hasrat ke Syria kerana Gamis, maka saya juga lupakan hasrat saya untuk bermewah kerana sahabat. Oh, maafkan saya.

Tuesday, July 15, 2008

Apa Tujuan Tarbiah



Apa tujuan tarbiah sebenarnya? Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.

Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan. Takpelah, asalkan jangan melahirkan tikus-tikus yang berkeliaran sudah. Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.

Semuanya betul, tak ada yang salahnya. Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar pencuri sudah.

Tarbiah pada saya adalah juga bertujuan melahirkan orang yang mampu melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya berkongsi dengan beberapa sahabat, kalau saya bekerja dengan kerajaan, atau bekerja dengan syarikat swasta, atau bekerja dengan Jawi dan Jakim, atau menjadi pensyarah ayang ada usrahnya, maka kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang biasa dan tidak mencabar. Saya mesti memilih kehidupan yang mencabar.

Lalu saya gagaskan kefahaman, dalam program tamrin, tempat tidur tidak penting, yang penting, dapat tidur. Masa makan tidak penting, yang penting adalah makan. Ceramah juga tidak penting, yang penting adalah kefahaman dan kesedaran.

Apabila saya berbincang dengan rakan-rakan saya, RO dan Abang Syaari, kami merasakan pendekatan metode tarbiah dalam program juga perlu diubah. Jika kita ingin melahirkan pemidato yang berkarismatik, kita perlu tahu bahawa ada dua penghalang utama untuk menjadi pemidato berkarismatik, iaitu sifat malu dan tiada maklumat. Maklumat boleh dicari, tetapi bagaimana ingin memecahkan rasa malu yang menebal itu.

Ah, kita kira senang saja. Lempar sahaja peserta ke pasar malam, nah, kamu berceramah sorang-sorang di situ. Atau terus letakkan dia sebagai pengkuliah, atau berceramah di hadapan ribuan orang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pasti selepas itu, jika kena dengan cara, dia akan jadi orang yang tidak senang hati jika tidak bercakap di khayalak.

Ya, tarbiah untuk melahirkan pakar. Ingat, bukan lagi melahirkan nuqaba’ dan meneruskan tradisi dulu yang tidak sudah-sudah, tetapi melahirkan pakar untuk memerintah negara, malah dunia.

"Peranan???"




Saya bersama rakan-rakan hari tu mendengar satu kuliah bertajuk “Peranan Anak Muda Masa Kini”. Begitulah lebih kurang bunyi tajuknya. Tak kisahlah apa bunyi tajuknya, sama ada peranan anak muda atau mahasiswa, yang pentingnya ia membincangkan tentang peranan generasi yang masih muda. Tajuknya menarik, dan penyampainya juga merupakan orang yang sangat layak untuk membentangkannya.

Saya ada memberikan pandangan saya. Ya begitulah, setiap orang berhak memberikan pandangan masing-masing, jika diterima beristighfar dan jika ditolah bersyukurlah. Nanti kalau idea itu diterima, tengok-tengok memberikan kesan buruk, ha bukankah ia terpalit sedikit sebanyak kepada kita. Ini kaedah tasawuf yang boleh kita amalkan.

Saya menyatakan bahawa sekarang bukan masa untuk bincang tentang apa peranan kita. Tajuk tentang peranan ni kalau tidak silap saya selalu saya dengan tiap-tiap tahun. Masa tahun satu, saya dengar tajuk peranan. Masa tahun dua, saya dengar tajuk peranan. Masuk tahun tiga pun begitu. Saya ingat tajuk peranan ni akan berakhir, rupanya setelah saya menamtkan pengajian pun masih ada tajuk peranan. Nasib baik tidak ada tajuk peranan suami yang mithali je. Kalau tidak, sara rasa pasti ramai muslimin yang datang program malam tu.

Lepas tu, sering kali juga saya dengar pimpinan-pimpinan berceramah tentang peranan. Saya bukan menafikan tajuk peranan, tetapi saya tengok kita hanya mengetahui peranan tetapi kita tidak berperanan pun. Kita tahu mengapa kita mesti berperanan, tetapi kita masih bergoyang kaki. Lagipun tajuk peranan bagi saya tidak perlu diperbanyakkan. Bagi saya kita perlu membincangkan wacana-wacana ilmu yang lebih berat sifatnya. Lalu saya mencadangkan perbincangan tajuk tentang isu bahasa, isu ketuanan bangsa, isu pendidikan, memahami system politik Malaysia, mencermati kepimpinan Putin yang unggul, meneladani perkembangan dan kemajuan China dan kelantangan Korea Utara, mempelajari kebijakan Jepun dan banyak lagi tajuk-tajuk yang boleh membuka mata.

Ya, pembentangan Cikgu Azmi tentang kenaikan harga minyak menarik. Barulah kita tidak semborono menuduh kerajaan dengan peluru kosong, tetapi biarlah ia bermaklumat dan berpandu. Nah, siapa pula yang mampu memberikan pandangan yang baik tentang Halal Hub dan isu nuclear Iran? Semua ini menuntut kepada penguasaan ilmu dan pengetahun yang baik.

Saya ingat, kadang-kadang lucu apabila memikirkan masih terdapat kalangan kita membincangkan perkara-perkara yang remeh. Anwar Ibrahim sedang berfikir untuk menguasai Malaysia sedangkan kita masih merangkak-merangkak membincangkan isu taaddud jamaah. Saya kira tidak perlu lagi membincangkan isu-isu basic secara menyusahkan sebaliknya perbincangan kita mesti jadi lebih meluas. Bukan soal taaddud jamaah yang menjadi keutamaan sebaliknya soal tahalluf dengan bangsa dan agama lain yang mesti diperhalusi. Itupun tidak perlu dijadikan perbincangan dalam bentuk emosional sebaliknya ia mesti secara ilmiah dan meraikan kelemahan rakan tahalluf.

Makanya, saya fikirkan tinggalkan saja tajuk peranan, tetapi kita mesti mula bergerak lebih laju, bukan lagi merangkak perlahan-lahan.

Thursday, July 10, 2008

The Silent Killer



Sesiapa sahaja mampu membunuh kita. Sejarah politik dan pergolakan dunia telah menyaksikan pengkhianatan berlaku walau oleh sahabat baik sendiri.
Tahalluf memang memedihkan, namun ia mesti diharmonikan. Jika kita berseorangan untuk mendokong perjuangan, kita tidak akan menjadi kuat.
Namun apa yang menjadi ketakutan yang mesti diatasi segera ialah, perasaan takutkan 'sang kucing' yang nampak alim tetapi rupanya ia merupakan pembunuh yang kejam.

Untuk Islam, Bukan PERSATUAN Islam



Kisah peperangan yang dilalui oleh Nabi SAW benar-benar memberikan pengajaran yang bermakna kepada kita semua sebagai umatnya. Perang bagi nabi bukan bertujuan menghancurkan musuh semata-mata, malah yang sebetulnya ialah menghapuskan kejahatan dan memalingkan musuh kepada kebenaran.
Apabila kita berperang kerana membela bangsa, maka bukan jihad namanya. Jika kita berperang kerana kepentingan diri atau gerakan, itu juga bukan jihad. Berperang dalam erti kata sebenar ialah kerana ingin menegakkan kalimah Allah. Maka Allah SWT telah meletakkan syarat-syarat asasi yang mesti diikuti dalam medan peperangan.
Kesatuan sangat penting dalam berjihad. Berada dalam satu saff yang teratur, taat kepada perintah ketua, mendahulukan yang terpenting, jangan pentingkan diri sendiri, memulakan dengan nama Allah yang Maha Mulia, menjauhi maksiat dan memperkasakan taat, serta sentiasa memperbetulkan niat.
Saya ucapkan selamat berseida buat semua jentera yang bakal berjihad. Pamerkan keizzahan Islam, pasti gerakan anda digeruni. Jangan hanya izzahkan persatuan Islam kelak anda akan diketawakan. Moga anda memahami maksud tersirat saya.

Jangan Omong-Omong Kosong



Pergolakan politik yang berlaku pada masa sekarang nyatanya memberikan satu impak dan implikasi yang agak teruk khususnya terhadap kebajikan rakyat. Setiap parti politik berlumba-lumba untuk mengejar kekuasaan dengan pelbagai tujuan. Saat dakwah memasuki dunia politik..
Apa yang saya bimbangkan ialah, dalam asyik mengejar kekuasaan, kita terlupa perjuangan sebenar. Tarbiah terbantut, kebajikan rakyat tidak terbela. Menariknya, ramai yang melaungkan kebajikan dan pembelaan, tetapi ia hanya laungan, bukannya tindakan. Saya sangat terpukul dengan sinisan Cikgu Azmi Teras. Ya, perjuangan bukan hanya dengan kata-kata, tetapi tindakan. Bagaimana kita menghadapi segala pergolakan dunia dalam politik dan dalam masa yang sama kita benar-benar mempraktikkan apa yang kita laungkan. Jangan hanya pandai menyalahkan kerajaan kalau kita sendiri tidak mampu untuk mengemudi persatuan yang kecil dengan baik. Jangan hanya pandai mengkritik tapi tindakan sifar. Fikir-fikirkan.
Yang penting, tempuhi cabaran yang ada, walau ada yang cuba menghalang seperti ilustrasi perempuan dan kuda putihnya.

Wednesday, July 9, 2008

Menuntuni Naga, Bukan Sekadar Mengekori



Saya tertarik dengan pandangan Ustaz Hasrizal yang menyatakan peri pentingnya untuk gerakan Islam memperbaharui manhaj tarbiah masa kini. Ya, satu bentuk tarbiah dan gerakan yang baru mesti difahami pasca PRU ke-12. Ahli gerakan mesti lebih memahami Fiqh al-Tarbiah dan Fiqh al-Harakah dalam bentuk yang lebih baru dan terkini, sesuai dengan realiti semasa. Jika kita masih menggunakan manhaj yang lama, maka selamanya kita akan berada di bawah takuk yang lama. Orang yang hebat mesti menuntuni naga, buka mengekori naga. Seseorang itu bukan dilahirkan untuk negerinya sahaja, malah ia dilahirkan untuk dunia. Saya mengesyorkan agar alim ulama' dan semua ahli gerakan Islam yang terdiri daripadapelbagai kemahiran dan kepakaran untuk berbincang isu secara lebih serius. Di peringkat Gamis sendiri, kita telah mengadakan satu plan bertindak untuk memperbaharui semula sistem tarbiah yang sedia ada.

Friday, July 4, 2008

Motivasi



motivasi bermaksud memberikan panduan dan semangat, bukannya meruntuh dan menyalahkan. Motivasi ialah bermaksud memberikan kepercayaan dan menilai luaran, bukannya berburuk sangka dan memikirkan yang buruk. Orang yang bermotivasi menganggap kegagalan sebagai tiket menuju kemenangan, maka saya kira tidak salah saya mengucapkan tahniah kepada yang gagal. Orang yang memberikan motivasi pula lebih banyak menggunakan bahasa hati dan kelembutan, bukannya banyak bercakap dan banyak memberikan nasihat. Jangan asyik menghukum, tetapi berilah semangat dan kekuatan. Orang tidak suka dihukum, sebagaimana kita juga tidak suka dihukum.

Tuesday, July 1, 2008

Abang Faka'



Saya hampir menangis mendengar cerita abang faka’. Sudah hampir tiga tahun gaji beliau sebagai pensyarah telah dibekukan, gara-gara mengambil langkah untuk bertanding sebagai calon tajaan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Kalau nak marahkan beliau, janganlah sampai begitu. Tak kesian ke diorang kepada abang faka’ sehingga sedemikian rupa beliau dianiaya.

Abang Faka’ sememangnya melakukan Harakiri atau terjunan kamikaze apabila memutuskan untuk bertanding menentang PM Malaysia dalam PRU ke -12 baru-baru ini. Beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan feed-back yang negatif hasil tindakan berani beliau. Tindakan beliau patut dipuji dan sepatutnya saya berasa malu diri.

Apa sangat kisah hidup saya jika dibandingkan dengan pengorbanan beliau. Apalah saya jika dibandingkan dengan jasa beliau. Keberanian, kesungguhan dan komitmen beliau ternyata banyak meransang saya untuk terus melangkah dengan lebih berani dalam dunia gerakan Islam ini.

Ustaz Hisomuddin demikian juga. Apa yang termampu saya luahkan ialah, teruskan perjuangan kalian, saya akan tetap bersama idealism kalian. Namun ingin juga saya nyatakan, saya juga ada langkah tersendiri dalam hidup ini, dan saya mesti menentukannya dengan keberanian ijtihad saya.

Bai'ah Nescafe



Saya telah dipanggil untuk temuduga sebagai pensyarah di Kolej Negeri di Seremban 2. Apabila sampai di sana, rupanya saya bukannya dipanggil untuk interview sebaliknya terus diterima bekerja, sedangkan saya belum lagi memohon pekerjaan tersebut kerana ingin memfokuskan kepada Gamis.

Rupanya seorang ustaz telah menghantar resume saya kepada pihak kolej negeri. Saya sedikit terkedu kerana terpaksa memulakan kerja pada awal Julai sedangkan saya langsung tidak bersedia dan masih lagi ingin menumpukan kerja-kerja dalam Gamis. Malah apa yang lebih mengejutkan saya ialah saya ditawarkan untuk menjadi Pegawai Hep yang mesti menguatkuasakan Auku bukannya pensyarah sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ini.

Seminggu kemudian, saya menolak dengan hati yang sangat berat. Saya telah meminta pandangan daripada ramai pihak dan murabbi saya ternyata tidak bersetuju untuk saya meninggalkan KL sebaliknya meminta saya untuk meneruskan tugasan di bumi yang penuh dengan lumpur ini.

Tidak lama kemudian, seseorang secara berseloroh menawarkan kerja yang bergaji lumayan kepada saya. Sekali lagi saya terkedu. Apatah lagi kawan-kawan saya yang lain telah bekerja dan mendapat gaji yang lumayan, malah ada yang mencecah RM 2000 ke atas seawal kerja. Nafsu saya membisik, hati saya terusik.

Baru sahaja saya mendapat tawaran yang menggugatkan hati itu, sekali lagi saya ditawarkan kerja sebagai pensyarah di sebuah kolej yang telah lama saya idamkan. Saya juga diminta untuk membina pemikiran dan daya haraki kalangan pelajar kolej tersebut. Sekali lagi dengan hati yang berat saya menolak kerja yang menjadi impian saya sejak sekian lama.

Saya menyatakan hal tersebut kepada ibu saya. Alhamdulillah ternyata ibu seorang yang memahami dan tidak bersikap mengongkong anaknya. Namun kata ibu, peluang yang baik hanya datang sekali. Balas saya, peluang yang baik itu adalah berada dalam Gamis.

Sebetulnya saya, Ustaz Riduan Othman (Timb Presiden Gamis) dan Ustaz Syaari (SU Gamis) telah berjanji setia akan menumpukan gerak kerja dakwah secara sepenuh masa dalam meningkatkan kualiti gerakan anak muda masa sekarang. Kami telah menyatakan prinsip kami untuk hidup senang dan susah bersama. Biar apa pun yang berlaku, kami tetap dengan prinsip dan janji setia kami dan kami tidak akan melanggarnya.

Satu malam, kami meletakkan tangan kami bertiga di atas secawan air Nescafe seraya berbai’ah dalam hati untuk terus bersama menegakkan syiar Islam. Erm, saya bersuara perlahan, Inilah Bai’ah Nescafe”.

Moga Allah memurahkan rezeki keimanan kepada kami…

Anak Yang Baik



Anak yang soleh/ah merupakan idaman setiap ibu bapa. Lihatlah anak yang kecil ini, rupanya comel dan menawan sekali. Anak yang baik merupakan permata hati ibu bapa. Maka, kita seharusnya menjadi anak yang baik kepada ibu bapa, di samping kita berusaha mendidik anak-anak kita kelak. Saya hadiahkan tulisan ini kepada sahabat saya Syed Faiz dan Hafiz Hassan, juga Thohiroh, Nurul Izza, Nasaie dan isteri dan lain-lain. Tidak lupa kepada Abang Tarmizi mantan presiden Gamis.

Mereka Saudara Kita



Apabila melihat kepada saudara kita yang berada di Sudan dan di negara-negara yang mengalami penderitaan dan kebuluran, hati terasa sangat sayu. Mereka terlalu kurus sehingga menampakkan tulang-tulang mereka, kepala tampak besar, muka sangat pucat, sehingga ada kalangan mereka yang menadah air kencing lembu untuk minuman meneruskan hidup. Apa sumbangan kita terhadap mereka? Ya Allah, jangan Engkau uji kami, keluarga kami dan keturunan kami sedemikian rupa, dan banulah mereka ya Allah. Ayuh, sama-sama kita insafi dan bincangkan dalam usrah kita.

Monday, June 30, 2008

Bumi Itu Bukannya Empat Segi



Ahli falsafah terdahulu memikirkan bahawa bumi ini hanya empat segi, dan ada sempadannya. Apabila kapal belayar, maka i tidak boleh belayar terlalu jauh kerana dibimbangi akan jatuh apabila melepasi sempadan. Rupanya bumi ini bulat. Sebenanrnya ia sama sahaja dengan potensi dan wibawa seseorang. Terdapat orang yang punya potensi dan wibawa yang tinggi, tetapi mereka diikat dan terikat dengan sesuatu sehingga menjejaskan keupayan mereka. Orang yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa ingin mengasah bakat dan menggilap potensinya pasti akan jadi seperti bumi yang bulat, manakala orang yang dibayangi keterikatan akan menjadi bumi empat segi,..yang ada garis sempadannya.

Ia Hanya Rupa Luaran



Rupanya, seseorang itu boleh mempunyai pelbagai rupa. Selama ini kita memikirkan pokok harus mempunyai batang. Tetapi gambar ini menunjukkan sebatang pokok yang tidak mempunyai batang sebaliknya mempunyai tangga menuju ke puncak. Ilustrasi ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak seharusnya hanya memiliki satu watak semata-mata. Mereka boleh mengenakan apa sahaja watak luaran asalkan hati mereka tetap berpegang teguh pada yang satu. Jadilah apa sahaja, asalkan ia untuk Islam, namun biarlah hati itu tetap pada yang satu.

Sunday, June 29, 2008

Semangat Samurai



Realitinya, seorang samurai tidak kira lelaki mahupun perempuan dilatih menjadi berani serta sanggup menempuh risiko. Keberanian itulah yang menyebabkan samurai sangat digeruni. Apa yang mengagumkan ialah mereka tidak memiliki aqidah yang sahih jika dibandingkan kita, namun mereka lebih rela mengorbankan diri demi menjaga maruah mereka. Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita bersedia untuk menempuh risiko demi perjuangan yang kita junjung? Saya juga tidak berani menjawab persoalan tersebut.

Membina Pelapis Kepimpinan



Kasut Cinderella hanya boleh dipakai olehnya sahaja. Apabila putera raja ingin mencari perempuan yang menari dengannya pada malam tersebut, ia hanya perlu mencari siapa yang dapat memakai kasut itu. Hal ini adalah mustahil. Mustahil tiada orang yang dapat memakai kasut tersebut kecuali Cinderella. Gejala yang berlaku kepada kebanyakan gerakan ialah kurangnya kredibiliti pelapis pimpinan. Mereka kurang kelayakan untuk menggantikan tempat pimpinan yang ada. Maka seharunya gerakan jangan jadi seperti Cinderella dan kasutnya.

Jangan Mudah Marah



Sikap marah adalah sangat tidak disukai dalam Islam. Pernah seseorang meminta nasihat daripada nabi dan nabi melarang mereka daripada marah. Marah ibarat api, maka padamkannya dengan air wudhu'. Apabila kita sedang berdiri ketika marah, maka duduklah. Jika kita sedang duduk ketika berdiri, maka berbaringlah. Seeloknya ialah sikap penyabar dan pengampun. Antara cara untuk melahirkan sikap sabar ialah sentiasa mengingati keburukan yang kita lakukan terhadap orang yang ingin kita marahi dan ingat kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut. Selamat mencuba :0

Jangan Stress



Tanpa disedari, ramai rakyat Malaysia, malah ahli jamaah yang mengalami stress. Stress bukan sahaja berpunca daripada tekanan kerja, malah ia juga berpunca daripada kurangnya penjagaan terhadap makanan dan kesihatan. Maka seharusnya ahli jamaah dan lain-lain untuk menjaga kesihatan kerana keshiatan sangat penting untuk perjuangan jangka panjang. Kita mesti sentiasa bersenam, bersukan, banyak minum air masak yang bersih, makan madu dan dapatkan nasihat doktor. Jika tidak, kita akan menjadi seperti kucing di atas yang sedang mengalami STRESS

Friday, June 27, 2008

Nothing Is Impossible



Sebenarnya kita boleh untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah kita lakukan, atau sesuatu yang dianggap sebagai mustahil. Namun apa yang selalu menghalang kita adalah cemuhan orang, lemahnya kendiri, kurangnya keyakinan. Melakukan sesuatau yang mustahil sepatutnya dijadkan satu sikap yang bagus. Apabila kita mampu menyelam dalam lautan mengalahkan ikan paus, maka itu bermakna kita sudah mencapai tahap kehidupan yag lebih unggul, kerana kita sukakan kemustahilan.

Berhati-hati Apabila Melompat



Kita menyangkakan perjalanan kita begitu mudah, sedangkan kita tidak mengetahui bahawa di sebalik itu, terdapat banyaknya aral dan rintangan yang tidak terduga. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitu juga, ramai yang menyangka, apabila mereka tamat pengajian, mereka masih boleh komited dengan perjuangan Islam, appatah lagi mereka merupakan out-spoken semasa di bangku kampus, tetapi rupanya perjuangan di luar sangat sukar. Ia memang meruakan satu laluan yang sangat sukar.

Thursday, June 26, 2008

Mereka Saudara Kita



Hassan al-Banna berjaya merekrut ramai tentera yang sanggup berjihad membebaskan Palestin. Begitu juga tarbiah yang dilaksanakan oleh PKS di Indonesia. Persoalan yang patut kita bincangkan bersama ialah, sejauh manakah perlunya tarbiah askariyah dalam gerakan Islam di Malaysia pada masa sekarang. Adakah tarbah perlu kepada motivasi dan menerapkan kefahaman semata-mata atau tarbiah askariyah ni masih sangat penting? Mereka yang berpandangan tarbiah askariyah tidak penting melihat kepada suasana Malaysia. Mereka yang melihat kepentingannya pula berpandangan tarbiah adalah satu latihan dan latihan dibuat sebelum sesuatu (iaitu peperangan dalam konteks perbincangan ni) berlaku. Sila berikan pandangan anda.

Dunia Baru Gerakan Anak Muda Islam



Bukalah seluas-luasnya ufuk pemikiran anda. Jangan lagi terperap dengan daya pemikiran silam dan jangan terperangkap dengan kisah-kisah terdahulu. Pemuda adalah orang yang menunjukkan kualiti dirinya, bukan berbangga dengan tokoh-tokoh dahulu. Mencpta sejarah, mengorak langkah, semestinya akan menempuh satu cabaran yang baru. Namun kekentalan jiwa akan mengatasi segala-galanya. Ayuh melangkah bersama Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia (Gamis).

Hidupkan Usrah



Ahli usrah kita tidak semestinya memiliki perasaan, kefahaman, ilmu, dan daya keinginan seperti mereka. Apabila rupa paras mereka berbeza dengan kita, kehidupan mereka berlainan dengan kita, maka pastinya kehendak dan keinginan serta impian mereka berlainan dengan kita. Maka fahamilah mereka, jangan hanya inginkan mereka memahami kita

Ke Mana Hala Tuju Kita



Antara PAS, PKR dan UMNO, mana satu pilihan anak muda zaman sekarang. Apakah mungkin Gabungan Anak Muda Islam Se-Malaysia (Gamis) mampu menjadi alternatif? Bagi sesetengah orang, Islam yang utama, manakala PAS hanyalah alat untuk menegakkan Islam. Apa pula pandangan anda? Anak muda, kebangkitannya jangan ditentang tetapi hendaklah dibimbing

Wahdah Fi al-Fikr, Laysat Fi al-Tanzim



Kehijauan dan alam yang damai ini, jangan dibiarkan ia musnah angkara tangan kotor manusia yang hanya pentingkan diri sendiri. Kehijauan mesti ditegakkan dengan semangat perjuangan, semangat setiakawan, juga semangat persaudaraan. Hijau, memang hijau, namun tidak semestinya mengekalkan hijau memerlukan pensel berwarna hijau. Yang penting, dakwatnya yang hijau.

Bersama Menerobos Kemustahilan



Orang yang hebat adalah orang yang dikenang bukan yang mengenang, mencipta arus bukan terikut-ikut dengan arus, memahat sejarah bukan ditenggelamkan dengan sejarah lampau

BERMULANYA PERJUANGAN



Meluncur laju membelah angkasa, namun tetap berpijak di bumi yang nyata. Orang yang berjiwa besar, tidak melihat untuk sekadar mencabar kuasa bumi, malah gagah menentang kilauan cahaya matahari. Ayuh, kita cabar kuasa angkasa.