Tuesday, July 15, 2008
"Peranan???"
Saya bersama rakan-rakan hari tu mendengar satu kuliah bertajuk “Peranan Anak Muda Masa Kini”. Begitulah lebih kurang bunyi tajuknya. Tak kisahlah apa bunyi tajuknya, sama ada peranan anak muda atau mahasiswa, yang pentingnya ia membincangkan tentang peranan generasi yang masih muda. Tajuknya menarik, dan penyampainya juga merupakan orang yang sangat layak untuk membentangkannya.
Saya ada memberikan pandangan saya. Ya begitulah, setiap orang berhak memberikan pandangan masing-masing, jika diterima beristighfar dan jika ditolah bersyukurlah. Nanti kalau idea itu diterima, tengok-tengok memberikan kesan buruk, ha bukankah ia terpalit sedikit sebanyak kepada kita. Ini kaedah tasawuf yang boleh kita amalkan.
Saya menyatakan bahawa sekarang bukan masa untuk bincang tentang apa peranan kita. Tajuk tentang peranan ni kalau tidak silap saya selalu saya dengan tiap-tiap tahun. Masa tahun satu, saya dengar tajuk peranan. Masa tahun dua, saya dengar tajuk peranan. Masuk tahun tiga pun begitu. Saya ingat tajuk peranan ni akan berakhir, rupanya setelah saya menamtkan pengajian pun masih ada tajuk peranan. Nasib baik tidak ada tajuk peranan suami yang mithali je. Kalau tidak, sara rasa pasti ramai muslimin yang datang program malam tu.
Lepas tu, sering kali juga saya dengar pimpinan-pimpinan berceramah tentang peranan. Saya bukan menafikan tajuk peranan, tetapi saya tengok kita hanya mengetahui peranan tetapi kita tidak berperanan pun. Kita tahu mengapa kita mesti berperanan, tetapi kita masih bergoyang kaki. Lagipun tajuk peranan bagi saya tidak perlu diperbanyakkan. Bagi saya kita perlu membincangkan wacana-wacana ilmu yang lebih berat sifatnya. Lalu saya mencadangkan perbincangan tajuk tentang isu bahasa, isu ketuanan bangsa, isu pendidikan, memahami system politik Malaysia, mencermati kepimpinan Putin yang unggul, meneladani perkembangan dan kemajuan China dan kelantangan Korea Utara, mempelajari kebijakan Jepun dan banyak lagi tajuk-tajuk yang boleh membuka mata.
Ya, pembentangan Cikgu Azmi tentang kenaikan harga minyak menarik. Barulah kita tidak semborono menuduh kerajaan dengan peluru kosong, tetapi biarlah ia bermaklumat dan berpandu. Nah, siapa pula yang mampu memberikan pandangan yang baik tentang Halal Hub dan isu nuclear Iran? Semua ini menuntut kepada penguasaan ilmu dan pengetahun yang baik.
Saya ingat, kadang-kadang lucu apabila memikirkan masih terdapat kalangan kita membincangkan perkara-perkara yang remeh. Anwar Ibrahim sedang berfikir untuk menguasai Malaysia sedangkan kita masih merangkak-merangkak membincangkan isu taaddud jamaah. Saya kira tidak perlu lagi membincangkan isu-isu basic secara menyusahkan sebaliknya perbincangan kita mesti jadi lebih meluas. Bukan soal taaddud jamaah yang menjadi keutamaan sebaliknya soal tahalluf dengan bangsa dan agama lain yang mesti diperhalusi. Itupun tidak perlu dijadikan perbincangan dalam bentuk emosional sebaliknya ia mesti secara ilmiah dan meraikan kelemahan rakan tahalluf.
Makanya, saya fikirkan tinggalkan saja tajuk peranan, tetapi kita mesti mula bergerak lebih laju, bukan lagi merangkak perlahan-lahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum, ustaz yg ana amat2 kasihi kerana Allah...
btul apa yg ustaz ckp kan...ktika ini, kita bukan hanya perlu fokus pd bnda2 basic spt konsp ta'adud n sbgnya,tp skop pbncngn msti lbh luas...cuma pd pandangn ana yg masih plu kan bmbngn,merasakan sesetengah waqi pjgn,mmerlukan plu kpd basic...ada sesetengah lokasi yg masih belum parah keadaan ta'adudnya dan masih perlu kepada kefahaman yg jelas,maka perlu wujud perbincangan untuk memberi kefahaman tentang ta'adud jamaah...cuma mungkin maksud ustaz untuk penggerak yang sudah faham,maka perlu diluaskan lagi kfhaman mrka tntg sesuatu isu..bukan apa,ustaz,ada dikalanagn shbt2 baru yg asasnya belum mantap, tapi bila dikemukakan dengan idea2 yg baru, mrka menjadi 'excited' sampai lupa untuk mereka memahami asas terlebih dahulu...maaf ustaz..ini skdr pndangan...mhn tunjuk ajar ye...rindu nak jmpa Ustaz...tp masih blum berkesempatan...
Post a Comment