Assalamualaikum dan selamat membaca buat semua. Ya, kita bertemu lagi dalam ruang dimensi blog saya yang entah apa2 ini. Moga2 anda akan mendapat banyak imput yang bermaklumat untuk anda interpretasikan di tempat anda masing-masing.
Saya akan berkongsi dengan anda apakah jenis modul yang saya gunakan dalam siri-siri pertama program saya. Ingat, ini baru siri pertama ziarah Malaysia, dan belum lagi masuk ke siri kedua yang insya-Allah dengan keizinan daripada-Nya akan lebih menarik dan mencabar.
Peserta diberikan task berat untuk disiapkan dalam tempoh hanya 30 minit. Antara task yang diberikan ialah:
1- Anda diberikan RM50 k untuk mengadakan satu kegiatan khidmat masyarakat yang akan diadakan pada bulan 5 tahun hadapan. Bagi mendapat kelulusan program, anda dikehendaki untuk menyiapkan proposal program. Tugasan yang perlu anda siapkan ialah: Sila gariskan lima objektif program, tentatif lengkap program, jawatankuasa dan juga aliran belanjawan dalam masa 30 minit.
2- Isu-isu yang berkaitan dengan wanita semakin bertambah. Kes rogol, eksploitasi wanita, sumbang mahram, bohsia, pelacur, dan sebagainya telah menunjukkan keadaan wanita yang kian tersempit di celah-celah kedangkalan ilmu. Anda diberi task untuk memperjuangkan isu wanita melalui Helwani Gamis. Sila bincangkan apakah bentuk perjuangan yang ingij anda letupkan.
3- Gamis akan mengadakan konsert haraki yang menghimpunkan dua kumpulan nasyid haraki yang popular iaitu Soutul Amal dengan Soutul Harakah dari Indonesia. Sebagai panitia pelaksana, anda diminta untuk menyediakan master planner bagi program tersebut berdasarkan time liner yang tersusun dan strategik.
Cukuplah saya memberikan tiga contoh kepada sidang pembaca. Kalau saya bagi banyak-banyak, rugilah saya nanti. Lagipun ilmu ni tidak perlu dicurahkan semua dalam masa yang serentak dan ada juga ilmu yang perlu kita sembunyikan jika belum sampai masanya. Saya yang belajar Kungfu Shaolin, takkan menunjukkan kungfu saya kecuali dalam keadaan sangat terdesak. Hah, boleh percaya ke!???
Apa tujuan yang ingin dicapai daripada task yang diberikan untuk disipakan dalam tempoh yang sangat singkat ini? Sebelum saya menerangkannya, saya ingin menyebut dua perkara. Pertama, orang yang hebat adalah, walaupun mereka melakukan kerja dalam tempoh 30 minit, namun orang lain menyangka bahawa ia telah melakukannya dalam tempoh seminggu kerana hasil kualitinya yang bagus. Kedua, saya bukanya nak sangat hasil pembentangan untuk dilaksanakan, tidak. Apa yang saya mahu? Ha, sila baca yang seterusnya ye… bacalah, bukannya kena bayar pun. Saya yang tulis, tak guna modal pun..
1- Saya mahu melihat bagaimana mereka bertindak pantas dan siapa yang akan mengemudi kumpulan perbincangan mereka.
2- Saya yakin biasanya seseorang akan bertindak lebih baik dan laju apabila mereka dalam keadaan terdesak. Maka saya sengaja mendesak mereka dengan kerja yang berat dalam tempoh yang sangat sedikit.
3- Saya juga memberikan task yang biasa, seperti task kedua. Bagi orang biasa, apabila diberikan kerja biasa, mereka akan melakukan kerja sambil lewa. Manakala bagi orang yang luar biasa, kerja yang biasa pun akan jadi luar biasa di bawah ketrampilan minda mereka.
4- Ahli jamaah tidak biasa dengan penggunaan duit yang banyak dan jarang didedahkan dengan program luaran yang besar dan bersifat mega yang memerlukan protool yang baik. Maka sengaja saya berikan mereka wang yang banyak dan program yang bersifat mega untuk melihat keupayaan mereka.
5- Task ini melihat bagaimana mereka memikirkan perkara besar dan membiasakan diri dengannya selain mengajar mereka cara brainstorming, bukannya mesyuarat yang biasa.
Ha, banyak lagi perkara berfaedah yang dapat dipungut, tetapi cukuplah sekadar ini. Kita bertemu lagi di masa yang lain, di tempat yang sama…
Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam...bleh x ustaz bgtau ckit cmne cara nk brain storming yg berkesan...syukran
Post a Comment