Thursday, June 26, 2008

Mereka Saudara Kita



Hassan al-Banna berjaya merekrut ramai tentera yang sanggup berjihad membebaskan Palestin. Begitu juga tarbiah yang dilaksanakan oleh PKS di Indonesia. Persoalan yang patut kita bincangkan bersama ialah, sejauh manakah perlunya tarbiah askariyah dalam gerakan Islam di Malaysia pada masa sekarang. Adakah tarbah perlu kepada motivasi dan menerapkan kefahaman semata-mata atau tarbiah askariyah ni masih sangat penting? Mereka yang berpandangan tarbiah askariyah tidak penting melihat kepada suasana Malaysia. Mereka yang melihat kepentingannya pula berpandangan tarbiah adalah satu latihan dan latihan dibuat sebelum sesuatu (iaitu peperangan dalam konteks perbincangan ni) berlaku. Sila berikan pandangan anda.

1 comment:

Nurul Munawirah said...

penting, sediakan payung sebelum hujan. Cuba fikir, kenapa Britain susah payah menghantar putera2 kesayangan mereka, William dan Harry untuk belajar latihan ketenteraan sedangkan negara mereka tiada peperangan?

Renung pula adakah barat akan sewenang-wenangnya memberi jalan yang selesa kepada negara-negara Islam untuk kembali bangkit menyebarkan cahaya Islam? Cermati semula apa yang telah berlaku kepada Iraq, Iran dan lain-lain. Katalah jika PAS berjaya diterima semua dan ditabal menjadi pemerintah negara, adakah Amerika tidak bersiap sedia untuk menyerang? dan jika diserang, jika kita tidak cukup persediaan fizikal dan mental, fikirkan adakah mampu untuk kita mengekalkan pemerintahan tersebut? Wallahu'alam

Jangan lupa Nabi pernah berkata bahawa baginda suka kiranya umatnya pandai memanah.Fikirkan apa maksud di sebaliknya........