Sunday, July 20, 2008

Kita Tak Ubah Seperti Umno




“Ahli jamaah kita tidah ubah seperti Umno”. Bunyinya agak kontroversi, tetapi inilah yang sayang kongsikan dengan beberapa sahabat saya. Saya mohon maaflah jika kata-kata ini membuatkan sedara rasa marah terhadap saya, tetapi saya rasa saya perlu sampaikan hal ini sementelahan saya masih boleh memberikan nasihat kepada diri saya sendiri sebenarnya.

Ok, lebih baik saya memberikan contoh supaya kita jelas, ramai ahli kita macam malaikat sebenarnya, tetapi yang macam Umno pun ramai. Saya minta maaf kerana menggambarkan Umno kepada satu simbolika yang agak kurang baik. Oh ye, bukan kurang baik, malah memang tidak baik pun.

Kita sering mengkritik orang Umno yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik. Orang umno kononnya tidak pandai memimpin dan mentadbir. Betul tu, mungkin banyaklah walaupun ada juga yang pandai mentadbir dan menyusahkan rakyat. Namun sedar tidak sedar kita sendiri pun bukanlah pandai sangat mentadbir pun. Yela, saya bukan maksudkan kita mesti handal dan terror mentadbir sehingga ke tahap perfect, tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi ahli yang berdisiplin dan komited. Ini tidak, kita hanya pandai mengkritik orang Umno tidak berdisiplin tetapi kita sendiri pun tidak berdisiplin.

Kita sering melaungkan pembelaan terhadap kebajikan mahasiswa. Jangan tutup suara mahasiswa, jangan halang mahasiswa, biarkan mahasiswa terapung-apung dalam dunia yang disulami dengan keindahan idealisme. Bagus tu baguslah, tetapi kita hanya pandai melaung, buatnya tidak. Sebagai contoh, kita mengkritik MPP dan pihak pentadbiran yang tidak membela kebajikan mahasiswa. Habis tu, apa yang kita buat? Apakah kita menanti kuasa baru hendak bertindak? Jika begitu, bilalah agaknya kita akan mendapat kuasa? Kenapa kita tidak bertindak setakat kemampuan kita untuk membela kebajikan mahasiswa? Bahkan apa yang menyedihkan adalah ada kalangan kita yang hidup bermewah sedangkan masih ramai student yang mengisi perut secara ala kadar.

Kita laungkan gagasan tarbiah. Menarik, memang jamaah kita menitik beratkan soal pentarbiahan. Apa yang menarik dalam dunia tarbiah jamaah ini ialah beberapa nuqaba’ hanya mengambil jalan pintas sahaja. Bila saya sebut beberapa ni, maksudnya bukan semua lah. Nuqaba’ hanya tunggu dan tengok, siapa yang rajin datang ke surau, ha, maka orang itulah yang diserapkan ke dalam usrah untuk ditarbiah. Alahai, senanglah jika begitu. Apakah orang yang tidak datang ke surau itu tidak layak untuk ditarbiahkan? Sepatutnya tarbiah ini sebagaimana kata Us Yahya Othman adalah, kita mencari orang yang cerdik untuk ditarbiah, bukannya kaki surau.

Kita mengatakan universiti tidak ilmiah, malah banyak memuatkan aktiviti hiburan. Ha, senang je kita memukul dan membantai universiti secara semborono kosong. Check dulu, betul ke banyak hiburan berbanding keilmuan, ataupun kita ni hanya check jadual hiburan sahaja tidak check aktiviti keilmuan. Kalau kita serius memperjuangkan aktiviti ilmiah, kenapa kita sendiri malas dan berat tulang untuk menghadiri program-program keilmuan? Bukan sekadar aktiviti ilmiah anjuran universiti yang kita malas hadiri, malah program keilmuan jamaah pun kita turut malas.

Jadi, saya ni bukannya nak mengkritik. Malah saya harap ini bukannya kritikan tetapi ini sebagai satu nasihat yang sengaja saya keraskan nada dan rimanya, agar jiwa yang keras akan terpukul.

3 comments:

min aina said...

mmm.ana bersetuju dengan ustaz.sepatutnya, kita sebagai insan yang ingin membawa islam perlu lebih kedepan berbanding orang lain dalam semua aspek.kat sini, ana nak minta pendapat pandangan ustaz, camne kita nak lahirkan ahli yang komited, proaktif dan profesional dalam gerak kerja?

~nEmo~ said...

hnya sedikit cadangan dan pandangan:

ahli yang komited mungkin lahir dengan pemahaman kepada jiwa perjuangan yg sebenar. Tujuan utama, hanya kerana ISLAM. islam itu diletakkan pada kedudukan yang pertama. kedudukan diri serta kepentingan yang lainnya tidak difikirkan sebagai keutamaan. bergerak demi islam, menjadikan diri sentiasa menjaga masa, tidak dibazir begitu sahaja. berjuang demi islam menjadikan diri sentiasa haus akan ilmu pengetahuan tidak dibiarkan minda kontang tidak berkembang. berfikir demi islam akan menjadikan diri sentiasa aktif, tidak tenang dan senang jika diri tidak berusaha untuk menyebarkan keindahan islam.
profesional, lahir jika kita tetap dengan tujuan, dengan meletakkan emosi di belakang

wallahu'alam

Pelita Hidupku said...

Assalamualaikum,
Ana sgt tertarik dgn article ni. Sebenarnya, article ini sama dgn luahan hati ana, yang baru terdetik di dlm hati beberapa hari yang lepas. Kemudian terjumpa pula article ni.

Ana tertarik pada perenggan tanggungjawab dan mentadbir. Ana sgt setuju terhadap beberapa perkara. Sebagai orang baru dalam jamaah (dikalangan rakan2 yang sebaya dgnku, sebelum ni hanya ikut-ikutan ats paksaan parent-mungkin paksaan- kerana masa tu tak faham apa yg diperjuangkan oleh jamaah ini), banyak sgt benda yang membuatkan ana rasa terkilan.

Sebelum tu, ana nk minta maaf, ana xberniat utk memburukkan ahli jamaah, malah diri ana pun bukanlah baik sgt (smpai boleh dikatakan mcm malaikat). Cuma kadangkala rasa terumbang ambing aje, utk meletak kan diri di tengah2 jamaah (terutama di kalangan rakan sbaya). Dgn kebolehan yang ana ada sebelum berada dlm jamaah, ana tak mampu utk mengoptimum kan tenaga ana utk jamaah, atas beberapa sebab.

Sebab yang pertama, ana sgt kecewa dgn disiplin rakan2. Sebelum ni, ana sgt pentingkan masa, dan direkrut utk menepati masa. Tp, bila bersama2 rakan jamaah, sedikit sebnyk sikap dan tabiat mereka mempengaruhi ana (walaupun seringkali berusaha utk mengubah diri sendiri). Dan ana paling benci dgn istilah JANJI MELAYU. Ana sedaya upaya utk menepati masa yg telah ditetapkan. Tp sedikit sebnyak sikap ni terhakis dlm diri atas faktor rakan sejamaah.

Disinilah kelemahan yang paling ketara, diri sendiri tak terjaga, mcm mana nak pimpin org lain. Bukan lah semua org begitu, tp byk org yg ana jumpa mcm tue.

Sebab kedua, AJAK-AJAK AYAM. Kenapa ana katakan istilah itu, sbb yg ketara, pernah rakan sejamaah meng'ofer' smthg yg diucap utk menghiburkan hati shj. Dah lebih dari satu tahun ana mencari usrah, kerana ana sgt memerlukan pengisian rohani, tp mereka hny mendengar dan janji akan cari, but nothing i got. Walaupun sekarang dah ada, tp ana rasa ia sekadar utk menghabiskan silibus usrah. Ana tak perlukan silibus usrah, ana cuma ingin kan pengisian, perbahasan dn lain2 berkaitan dgn agama sbb dah lama sgt x berusrah slps 8 thn tinggalkan usrah di sekolah. Dan pulak sebelum ni tak de org nak tegur bila ana buat salah sbb diorang tak berani. Ana slalu buat smthg berserta dgn hujah2nya. So, mungkin, sbb tu kwn2 tak brani nak tegur (masa tue hujah2 dah terpengaruh dgn ideologi2 kafir). Dan kini, bila bersama jamaah ana tak mampu nak berhujah kerana faktor2 lain yg membuatkan kadang kala ana benci bersama jamaah. Tp bila teringat tanggungjawab setiap Muslim menegakkan Islam kerana Allah, membuatkan hati ana terpujuk supaya terus bersama jamaah. Sbb kalo berada di luar jamaah, mungkin ana akn kembali pada zaman jahiliyyah dulu.

Dan sebenarnya byk lagi sbb2 nya. Tp hati ana sentiasa memujuk utk tidak berkira dgn alasan2 tersebut. Satu perkara yang penting, ana ingin menyumbang sst utk Islam dgn cara dan kemampuan ana....