Tuesday, July 15, 2008
Apa Tujuan Tarbiah
Apa tujuan tarbiah sebenarnya? Mungkin bila kita bertanyakan soalan ini, pelbagai jawapan yang akan timbul. Saya ada jawapan, anda pun ada jawapan. Jadi, apakah jawapan saya sahaja yang betul dan pandangan anda silap.
Mungkin ada orang kata tarbiah bertujuan membina diri dan menggilap potensi, serta menjaganya supaya tidak melalukan perkara yang merugikan. Orang politik mungkin kata tarbiah adalah untuk melahirkan politikus yang handalan. Takpelah, asalkan jangan melahirkan tikus-tikus yang berkeliaran sudah. Mungkin orang tarbawi melihat tarbiah dalam bentuk penyucian jiwa, pembersihan hati, melahirkan nuqaba’ dan orang yang cintakan usrah. Orang ekonomi pula melihat tarbiah perlu untuk melahirkan usahawan muslim yang Berjaya.
Semuanya betul, tak ada yang salahnya. Mungkin istilah terbaik boleh kita gunakan adalah, tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Pakar ekonomi, pakar nuqaba’, pakar kaunselor, pakar dalam bidang pendidikan, pakar politik, pakar pengurusan, dan macam-macamlah. Jangan jadi pakar pencuri sudah.
Tarbiah pada saya adalah juga bertujuan melahirkan orang yang mampu melakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya berkongsi dengan beberapa sahabat, kalau saya bekerja dengan kerajaan, atau bekerja dengan syarikat swasta, atau bekerja dengan Jawi dan Jakim, atau menjadi pensyarah ayang ada usrahnya, maka kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang biasa dan tidak mencabar. Saya mesti memilih kehidupan yang mencabar.
Lalu saya gagaskan kefahaman, dalam program tamrin, tempat tidur tidak penting, yang penting, dapat tidur. Masa makan tidak penting, yang penting adalah makan. Ceramah juga tidak penting, yang penting adalah kefahaman dan kesedaran.
Apabila saya berbincang dengan rakan-rakan saya, RO dan Abang Syaari, kami merasakan pendekatan metode tarbiah dalam program juga perlu diubah. Jika kita ingin melahirkan pemidato yang berkarismatik, kita perlu tahu bahawa ada dua penghalang utama untuk menjadi pemidato berkarismatik, iaitu sifat malu dan tiada maklumat. Maklumat boleh dicari, tetapi bagaimana ingin memecahkan rasa malu yang menebal itu.
Ah, kita kira senang saja. Lempar sahaja peserta ke pasar malam, nah, kamu berceramah sorang-sorang di situ. Atau terus letakkan dia sebagai pengkuliah, atau berceramah di hadapan ribuan orang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pasti selepas itu, jika kena dengan cara, dia akan jadi orang yang tidak senang hati jika tidak bercakap di khayalak.
Ya, tarbiah untuk melahirkan pakar. Ingat, bukan lagi melahirkan nuqaba’ dan meneruskan tradisi dulu yang tidak sudah-sudah, tetapi melahirkan pakar untuk memerintah negara, malah dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya.. setuju dengan pandangan ustaz..pemikiran serta penafsiran yang bijak dan luas.. memang intelligent..
nape mesti cerita pasal lahirkan pemimpin sokmo??? prnh saye g tamrin, ustz tuh sgt bersemangat n @ 1 stage die kate sestengah ulama' hmpr meletakkan kafir pd ahli2 umno..... sy tersentak + automatically reflected pend quran sunnah text book tgktn4/5... jgn pnggl org dgn gelaran yg mrk x redha... dan seburuk2 pggln ialah kafir keatas mu'min... betulkan sy kalau silap...
bile sy tnye ustz nape ckp mcm tuh?? ustz kate tgk je pd dasar perjuangan mrk...x de pun perjuangkan islam
sy kate xde x maksud tolak..ustz kate,tgk pd pimpinan mrk...
1) buleh ke sesuatu parti ubah dasar mereka sesuka hati???
2) umno ditubuhkan asalnye pd thn brp ye... bkn disaat isu perjuangan kemerdekaan hangat ke??
3)bukan ramai ke ahli umno tuh muslim... sape th kalau antr mereka adlh org yg rjn brshkan diri,tahjud x tinggal, sedekah, dan sape th kalau antr mrk adalah org yg allah syg, yg pghuni lngit puji????
sy trkilan dgn kate2 ustx th... tp sapelah sy.. ilmu x byk nk brhujah dgn alim ulama'
Post a Comment